14 February 2012

Hati

Hati ini penat
telah diguris, ditoreh, dicalar, dilukai
hingga berbekas parut kembali
mulut berdiam tidak menzahirkan inti hati
bernawaitukan agar tiada persengketaan hakiki
kesakitan dirasai


hanya padaNya mampu diluahkan
dipendam demi kebaikan
hati ini telah memaafkan

Hati itu tidak penat
mengguris, menoreh, mencalar, melukai
tiada ungkapan maaf walau sekali
berat sekali
kerana ego menguasai


Ada pun hati itu yang menzahirkan maaf yang payah
semoga ada keikhlasan walau secebis zarah
hati ini tidaklah semulia bak awan putih
semoga Allah ampunkan dan beri hidayah
pada hati-hati itu